Sunday, August 5, 2007

PRASARANA DAN KEMUDAHAN

Rumah Gemilang setakat ini sudah mempunyai 2 buah wing ; Rumah Gemilang Puteri dan Rumah gemilang Putera.
Rumah Gemilang Puteri terletak di Kampong Banggol derdap,Sik,Kedah.
Rumah Gemilang Putera pula dibina di Kampong Bunga , Chepir , Sik, Kedah.
Masing2 ada pejabat , dorm , dewan makan , bilik bacaan , surau ( tumpang buat sementara di sebuah bilik) ,setor pakaian , bilik warden , bilik masak , setor makanan , makmal IT .
Yang sangat2 diperlukan ialah 2 buah surau : masing2 satu untuk putera dan puteri.

SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan Rumah Gemilang diperolehi menerusi sumbangan bantuan zakat dan derma yang dihulurkan olen individu dan masyarakat. Sumbangan lain turut diterima dalam bentuk makanan ( ayam,ikan,daging,beras dllnya ) ,kenderaan ( van ,basikal , kereta ) , barang dan peralatan ( katil , komputer , pakaian dllnya ) . Walaupun begitu sumbangan dari individu dan masyarakat masih sangat2 diperlukan bagi menampung keperluan penghuni Rumah Gemilang.

KUMPULAN SASARAN

Kriteria pemilihan adalah anak-anak yatim dan miskin di Daerah Sik yang berumur 7 hingga 17 tahun.

CABARAN RUMAH GEMILANG

...Usaha untuk mendapatkan dana

...Mendidik ke arah kecemerlangan

MATLAMAT RUMAH GEMILANG

...Menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi pembangunan insan.
...Mengeluarkan individu dari kepompong kemiskinan.
...Meningkatkan tahap sosio-ekonomi menerusi pendidikan yang berterusan sama ada dalam bentuk formal dan tidak formal.

OBJEKTIF PENUBUHAN RUMAH GEMILANG

. Membantu pembangunan individu dari segi mental,fizikal,emosi dan rohani seiring dengan keperluan pembangunan insan.
. Mengenalpasti ketidakupayaan individu dan mengenalpasti sumber-sumber yang boleh memperkasakan individu tersebut.
. Menjadi sebuah institusi sosial yang manpu memberi sokongan terhdap kecermelangan individu seterusnya melahirkan individu yang berdaya maju.

SEJARAH PENUBUHAN RUMAH GEMILANG

Kronologi penubuhan Rumah Gemilang adalah retentan daripada Rumah Puteri Maryam yang telah dipindahkan ke komlpeks bangunan anak-anak yatim menerusi peruntukan bangunan oleh Pejabat Daerah Sik . Kini Rumah Gemilang berdiri teguh meneruskan usaha untuk membantu anak-anak yatim dan miskin Daerah Sik.

SENARAI WARDEN YANG BERTUGAS

1. Siti Salwa binti Mat Isa
2. Nurulhidah binti Ibrahim
3. Adli bin Ishak

PEMANDU

1. Azhari bin Wan Chik

Saturday, August 4, 2007

STAF DAN KAKITANGAN / VISI DAN MISI

Pentadbiran Rumah Gemilang diuruskan secara sukarela oleh AJK yang dilantik secara rasmi pada 21 Jun,2007 .

Pengerusi : Tuan Ybhg. Pegawai Daerah Sik
N. Pengerusi: Dato' Dr.Haji Abdul Razak bin haji Kechik
Setiausaha : Cikgu Mad.Desa bin Ibrahim
P.Setiausaha: En Abdul Rahman bin Khalek
Bendahari : En Termizi bin Haji Kechik
Ahli Jawatankuasa : En Abdul Aziz bin saad
Ust. Abdullah bin Ahmad
Tuan Haji Mokhtar bin Ishak
En Amran bin Mahmud
Haji Syafei bin Hj. Aw. Ahmad
Mat Isa bin Ahmad

Ex-Officio : Wakil Majlis Daerah Sik
Wakil Pejabat Agama Sik
Wakil Ketua Polis Daerah Sik
Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Baling/Sik
Wakil Pejabat kebajikan Masyarakat Daerah Sik

Juru Audit : Haji Md.Zain bin Abdullah
En Mohd.Nabzrim bin Mohd. Nayan

Pemegang Amanah : Haji kamaruddin bin Abdul hamid
Mat Isa bin Ahmad

------------------------------------------------------------------------------------------------

VISI

PENGURUSAN RUMAH GEMILANG YANG BERSIH , CEKAP DAN AMANAH DEMI MENJANA MODAL INSAN YANG CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT

MISI

1) MENGADAKAN SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN DAN HARTA BENDA YANG
BERHEMAH DAN TELUS
2) MEWUJUDKAN SISTEM DOKUMENTASI YANG SELAMAT DAN KEMASKINI
3) BERUSAHA MENGUMPUL DAN MENGUKUHKAN SUMBER KEWANGAN TERMASUK
SUMBER KEWANGAN TETAP YANG BOLEH MENJAMIN KESINAMBUNGAN MISI
DAN VISI
4) MENYEDIAKAN KEPERLUAN HIDUP YANG SEDERHANA , SELESA DAN SELAMAT
KEPADA PENGHUNI
5) MELAHIRKAN PENGHUNI YANG MEMPUNYAI JATIDIRI YANG TINGGI , BERDAYA
SAING , BERDIKARI DAN BERGUNA KEPADA AGAMA , BANGSA DAN NEGARA
6) MEWUJUDKAN KERJASAMA DENGAN SEMUA PIHAK YANG BOLEH MEMBANTU
KE ARAH MENCAPAI MISI DAN VISI ( ADIK )