Monday, October 29, 2007

DE TOUR TO MELAKA & KUALA LUMPUR.

Tanggal 26,27 dan 28 Oktober semua penghuni Rumah Gemilang telah membuat lawatan ke Melaka dan kuala Lumpur .Semoga lawatan tersebut memberi banyak manfaat .

Terima kasih kepada semua sponsor , Jazakallah Kathira Kasiran .

Friday, October 5, 2007

SUMBANGAN SYEIKH FAUZEE DAN KELUARGA

Syiekh Fauzee & keluarga dari Anak Bukit datang menyumbangkan duit raya kepada semua penghuni Rumah Gemilang pada malam sabtu 24 Ramadhan.

Maaf kerana Syiekh terpaksa menunggu lama di rumah Pak Long . Malam itu kami ada jemputan oleh pihak Naza,Gurun. Pak Syiekh terpaksa bertolak balik ke Anak Bukit lewat, hampir2 12 malam .

Rumah Gemilang ucapkan terima kasih dan SELAMAT HARI RAYA.

JAZAKALLAH KHAIRON KATHIRO

NAZA, GURUN, KEDAH

Terima kasih kepada NAZA ,Gurun ,Kedah, kerana jamuan berbuka puasa dan duit raya kepada penghuni Rumah Gemilang.

Terima kasih, banyak.

Thursday, October 4, 2007

SALAM AIDILFITRI 1428/2007




SEMUA AHLI-JAWATANKUASA , PARA WARDEN , PEMANDU , PENJAGA DAN PENGHUNI RUMAH GEMILANG PUTERI & RUMAH GEMILANG PUTERA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PENDERMA DALAM APA SAJA BENTUK . TANPA BANTUAN TUAN2/PUAN2 TIDAKLAH DAPAT KAMI LAKSANAKAN PROGRAM YANG MULIA INI.

SEMOGA SUMBANGAN TUAN2/PUAN2 DIPANDANG ALLAH DENGAN PENUH KASIH-SAYANGNYA & KECINTAANNYA.....AMIN.

Tuesday, October 2, 2007

BADAN KEBAJIKAN ISLAM HOSPITAL KULIM.........haji Kamal

Sponsor makanan dan juadah berbuka puasa pada 2hb. Oktober,2007 .
Turut bersama dengan penghuni RG ialah para-pegawai hospital termasok doktor2 .

Terima kasih dari RG .

Monday, October 1, 2007

RELA DAERAH SIK

Terima kasih pada Rela Daerah Sik kerana sumbangan Majlis Berbuka Puasa dan sumbangan duit raya kepada penghuni Rumah Gemilang pada 1hb.Oktober,2007.

Terima kasih dari RG .

BANG MAT & KAK NUR

Penghuni dan AJK Rumah Gemilang mengucapkan terima kasih kat Bang Mat & KakNur kerana sumbangan majlis berbuka puasa pada 30hb. September , 2007 .

Kak Nur ialah bekas penghuni Rumah Gemilang .

T/Kasih semoga panjang umur dan dapat membina keluarga bahagia.

Friday, September 28, 2007

EN.GAFFOOR KHAN DAN PUAN MARYAM

28HB.SEPTEMBER,2007

En.Gaffoor dan isteri Puan Maryam bukannya kali pertama datang ke RG. Mengikut hitungan dan 9 kali.Dan setiap kali datang adalah berbagai2 yang dibawa termasok juga makanan. Di hari ini mereka berdua telah menyumbangkan pakaian , buku, buah korma dan etc.etc. Selalu yang turut bersama En.Gaffoor ialah En Maniam seorang pesara guru . Beliau sangat prihatin terhadap penghuni RG.

Semoga Allah berkati mereka semua.
RG ucapkan terima kasih.

UITM....MERBOK

28hb.September.21077/ 17 Ramadhan


Siswa/siswi UITM, Merbok,Kedah turut bersama penghuni Rumah Gemilang berbuka puasa dan bertaraweh. Dua buah bas penuh mereka datang.Juadah berbuka dan nasi di sponsar oleh mereka.

RG mengucapkak berbanyak terima kasih.
Semoga Allah berkati amalan puasa ......amin.

Thursday, September 27, 2007

SUNGAI-PETANI INN

MALAM 27/9/07 BERSAMAAN MALAM 16 RAMADHAN

Majlis berbuka di sponsor oleh SP Inn ,dari Sungai Petani.
Turut bersama dalam majlis ialah para pegawai dan pekerja2nya .

RG mengucapkan Jazakallah Khairan Kathira.

Tuesday, September 25, 2007

BERBUKA PUASA BERSAMA YAB MENTERI BESAR KEDAH

Yayasan Kemiskinan Darul Aman (YAKED) dan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Menteri Besar.

Tarikh :26 September,2007
Tempat:Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Kedah.

Aturcara : 1.Majlis Berbuka Puasa
2.Sumbangan duit raya.

Penghuni Rumah Gemilang turut hadzir.

MAJLIS BERBUKA PUASA & DERMA DARI PLUS(UTARA)

Tarikh : 25hb. September , 2007

Aturcara di adakan di Rumah Gemilang (Puteri). Di sponsor oleh PLUS.

1.Majlis berbuka puasa bersama2 pegawai dari PLUS (Utara)
2.Sembahyang Maghrib/Isyak/Taraweh.

Terimakasih dari RG.

MAJLIS BERBUKA PUASA & SUMBANGAN DERMA

Majlis di sponsor oleh Kolej Matrikulasi Perlis .......23hb. September,2007

Aturcara majlis : 1. Berbuka Puasa
2. sembahyangMaghrib/Isyak/ Taraweh
3.Sumbangan Derma

Ucapan terimakasih dari RG.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

Tarikh : 22hb.September,2007
Masa : Bermula dari pukul 6 petang
Tempat: Seri Mentaloon,Alor Setar
Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar

Acara : Sumbangan duit raya & berbuka puasa.

Penghuni Rumah Gemilang turut dijemput hadzir bersama pengiring RG.

Saturday, September 22, 2007

MALAYSIA AIRPORTS HOLDING BHD / MALAYSIA AIRPORTS S/B

22/7/07...MAJLIS PENYERAHAN CEK

Satu majlis ringkas penyerahan cek kepada Rumah Gemilang diadakan pada sebelah pagi.Pak Long dan Ayah Man mewakili RG.

Penyumbang cek ialah dari Malaysia Airports Holding Berhad di wakili oleh En. Zainuddin Aziz dari LTSAAS, Subang,Selangor. Sementara Malaysia Airports S/B di wakili oleh En.Mahmud Fauzi Kadir dari LTSAH,Kepala Batas,A/Star,Kedah.

Rumah Gemilang mengucapkan JAZAKALLAH KHAIRON KATHIRO.

Friday, September 21, 2007

NASIHAT RASULLUAH S.A.W DI BULAN RAMADHAN.............sambungan 2

Nasihat 11

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.


Nasihat 12

Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.


Nasihat 13

Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardhu baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardhu dibulan yang lain.

Nasihat 14

Barang siapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.

Nasihat 15

Wahai manusia! sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu.

Nasihat 16

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Nasihat 17

Amirul Mukminin k.w. berkata: "Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?" Jawab Nabi:"Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah"."

Nasihat 18

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya.

TIGA NASIHAT........dari ilmu sufi

TIGA NASEHAT

Pada suatu hari ada seseorang menangkap burung. Burung ituberkata kepadanya, "Aku tak berguna bagimu sebagai tawanan.Lepaskan saja aku, nanti kuberi kau tiga nasehat." Si Burung berjanji akan memberikan nasehat pertama ketikamasih berada dalam genggaman orang itu, yang kedua akandiberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon, dan yangketiga ia sudah mencapai puncak bukit. Orang itu setuju, dan meminta nasehat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun kau menghargainyaseperti hidupmu sendiri, jangan menyesal." Orang itupun melepaskannya, dan burung itu segera melompatke dahan. Di sampaikannya nasehat yang kedua, "Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal,apabila tak ada bukti." Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana iaberkata, "O manusia malang! diriku terdapat dua permata besar, kalausaja tadi kau membunuhku, kau akan memperolehnya!" Orang itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya, namunkatanya, "Setidaknya, katakan padaku nasehat yang ketigaitu!" Si Burung menjawab, "Alangkah tololnya kau, meminta nasehat ketiga sedangkanyang kedua pun belum kaurenungkan sama sekali! Sudahkukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan, danjangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kinikau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang takmasuk akal dan menyesali kehilanganmu. Aku toh tidak cukupbesar untuk bisa menyimpan dua permata besar! Kau tolol. Oleh karenanya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."

PESANAN RASULULLAH S.A.W TENTANG 7 KALIMAT

Sabda Rasulullah S.A.W > > > > > > > > > > > > > > " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut .

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya .

KEWAJPAN MENUTUP AURAT

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya. Antaranya ialah sebagaimana berikut;

Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}


Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]



Thursday, September 20, 2007

WANITA CIPTAAN YANG ISTIMEWA

Wanita Ciptaan Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

32. Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah. _________________



JADILAH PUTERI GEMILANG DI RUMAH GEMILANG

MAUT

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu mengharapkan mati kerana tidak tertahan menanggung penderitaan. Sekiranya terpaksa menginginkan mati, hendaklah dia berdoa: “Ya Allah, panjangkanlah hidupku ini jika hidup lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik bagiku”. (Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

DAJJAL BUKAN DONGENGAN

Misteri: Dajal bukan dongeng : MAKHLUK itu hanya akan turun ke Bumi apabila dunia hampir kiamat. Pada saat kemunculannya, masyarakat sudah terlalu jauh meninggalkan petunjuk agama dan ajaran Allah SWT diingkari secara terang-terangan. Kekacauan berlaku di mana-mana di seluruh dunia; keruntuhan akhlak, peperangan dan pembunuhan berjalan seiring dengan putaran waktu. Ketika itulah akan munculnya makhluk bernama Dajal. Ia mampu menunjukkan pelbagai kekuasaan magis yang pasti menakjubkan mereka yang tidak lagi beriman serta meneruskan penindasan terhadap sesiapa yang masih mahu mengesakan Allah. Pengamal Perubatan Islam Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darus Syifa), Mohd Fauzi Mustafa, berkata kemunculan Dajal bukanlah sesuatu yang dongeng dan tidak berasas kerana banyak hadis kuat membicarakan mengenainya. Antaranya adalah hadis riwayat Imam Muslim daripada Huzaifah bin Asid al-Ghifari RA katanya: “Rasulullah menemui kami ketika kami sedang berbincang lalu baginda bertanya: ‘Apa yang kamu bincangkan?’ Lalu sahabat menjawab: ‘Kami berbincang mengenai hari kiamat’. Baginda bersabda: “Sesungguhnya kiamat tidak akan berlaku sehingga berlakunya 10 perkara iaitu - keluar asap dari bumi; munculnya Dajal; keluar Dabbah (binatang yang melata); matahari terbit dari Barat; turunnya Nabi Isa AS; keluar Ya’juj dan Ma’juj; gerhana di Timur; gerhana di Barat, gerhana di Semenanjung Arab dan api yang menyala di Yaman menghalau manusia ke mahsyar (tempat berkumpul)’.” Mohd Fauzi berkata, berdasarkan hadis diriwayatkan Anas bin Malik pula, dijelaskan bahawa Dajal berasal daripada keturunan Yahudi Asfahan seperti sabda baginda: “Keluar Dajal daripada Yahudi Asfahan bersamanya 70,000 orang Yahudi.” “Bagaimanapun, ulama berselisih pendapat mengenai asal keturunan Dajal sama ada ia adalah manusia atau jin. Sesetengahnya berpendapat Dajal adalah syaitan daripada keturunan Iblis yang diikat dengan 70 rantai pada satu tempat di Yaman. “Tiada siapa mengetahui siapa mengikatnya sama ada Nabi Sulaiman atau orang lain; apabila Allah hendak menzahirkan Dajal pada akhir zaman, maka setiap tahun sebelum kemunculannya, satu rantai yang mengikatnya akan terputus,” katanya yang juga Pengurus Jabatan Syariah, Takaful Malaysia dan penceramah agama. Katanya, sesetengah ulama lain pula berpendapat bahawa Dajal berasal daripada kalangan manusia tetapi ia belum dilahirkan lagi sehinggalah menjelang akhir zaman. Pendapat lain mengatakan bahawa bapa Dajal adalah manusia dan ibunya daripada keturunan jin. Beliau berkata, terdapat hadis lain yang menyatakan bahawa Dajal akan mengaku sebagai nabi dan menyebarkan hadis palsu selain mengaku dirinya sebagai tuhan bagi memperdayakan manusia. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa baginda bersabda: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga lahirnya 30 orang Dajal yang pembohong, semuanya mendakwa dirinya rasul Allah. Mereka melimpahkan harta benda dan pada saat itu berlaku banyak fitnah (kerosakan demi kerosakan) dan berlakunya banyak haraj.” Sahabat bertanya: “Apakah itu haraj?” Baginda menjawab: “Pembunuhan demi pembunuhan,” (riwayat Imam Ahmad). “Hadis diriwayatkan Ubaid Umair pula menjelaskan bahawa umat akhir zaman memang mengetahui bahawa Dajal itu sebenarnya pembohong besar namun mereka tetap mendekatinya semata-mata untuk mendapatkan habuan rezeki berupa makanan, ternakan serta tanaman. “Hadis riwayat Samurah Jundub pula menceritakan sesiapa yang mengakui Dajal sebagai tuhan, maka mereka tertipu manakala orang yang teguh imannya akan berkata ‘Allah Tuhanku’ dan mereka selamat daripada Dajal,” katanya. Mohd Fauzi berkata, antara kemampuan Dajal seperti diizinkan Allah SWT adalah boleh menghidupkan orang yang sudah dibunuh; memiliki kemewahan dunia; memerintahkan hujan supaya turun dan bumi menumbuhkan tanaman; memperlihatkan kepada pengikutnya kononnya keadaan syurga walhal gambaran itu adalah neraka dan sebaliknya; menyembuhkan orang buta dan penyakit sopak. Pihak yang menolak dakyahnya akan menerima musibah; negeri miskin yang dilawatinya akan menjadi kaya dan pada pemerintahannya; orang yang khianat diberi kepercayaan manakala pihak yang jujur dan amanah dianggap pendusta. “Ciri-ciri Dajal pula adalah pemuda berambut kerinting, buta mata kanannya seumpama biji anggur yang menonjol, muncul pada suatu tempat antara Syam dan Iraq, melakukan kerosakan di tempat yang disinggahinya. “Ia juga tidak mampu untuk memasuki kota Makkah dan Madinah, antara kedua-dua matanya tertulis perkataan ‘kafir’ yang boleh difahami mereka yang boleh membaca atau buta huruf dan Dajal tinggal di bumi selama 40 hari atau 40 bulan atau 40 tahun sebelum dibunuh Nabi Isa AS,” katanya. Hadis riwayat Samurah Jundub menyatakan bahawa hanya Nabi Isa AS yang mampu membunuh Dajal. Hadis riwayat an-Nuwwas pula menyatakan bahawa Nabi Isa akan membunuh Dajal di pintu gerbang Kota Lud iaitu sebuah kota berhampiran Baitulmaqdis. Mohd Fauzi bagaimanapun berkata, sesetengah sarjana Islam moden berpendapat bahawa Dajal berkemungkinan bukan berbentuk makhluk sebaliknya ia adalah ‘pemikiran’ atau ideologi yang menyebabkan kekacauan dan ketidakstabilan dunia. “Mereka berpendapat ideologi inilah Dajal yang mendorong manusia kepada kebejatan akhlak dan kejahatan, menyesatkan masyarakat ke dalam keingkaran dan kederhakaan terhadap Allah dan menimbulkan kerosakan pada muka bumi dan umat manusia lain,” katanya. Beliau berkata, kalangan sarjana itu juga menyatakan ciri Dajal seperti disampaikan hadis adalah ayat berbentuk simbolik dan ia lebih menjurus kepada ciri sebuah ideologi yang membawa kepada kehancuran alam. “Contohnya Dajal yang disebutkan hadis sebagai buta sebelah mata diibaratkan sebagai ideologi yang tidak menilai sesuatu dengan adil dan saksama. “Memang negara kuasa besar dunia ketika ini disifatkan sebagai buta atau sengaja membutakan sebelah mata apabila menilai sesuatu isu seperti Palestin, Kashmir, Lubnan, Iraq dan Afghanistan secara tidak adil,” katanya. Malah, katanya, seorang sarjana agung Islam bernama Bediuzzaman Said Nursi mengaitkan ideologi Darwin atau Darwinisme dengan kewujudan Dajal.

LUCU YA !

Lucu Ya!

Lucu ya,uang RM I kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak amal mesjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya,45 menit terasa terlalu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan sepakbola

Lucu ya,betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu di masa menikmati pemutaran film di TV.

Lucu ya,susah merangkai kata untuk dipanjatkan bila berdoa atau sholat,tapi betapa mudahnya cari bahan sembang (gossip) bila bertemu teman.

Lucu ya,betapa serunya perpanjangan waktu dipertandingan badminton favorit kita, tapi betapa bosannya bila imam sholat Tarawih bulan Ramadhan kelamaan bacaannya.

Lucu ya,susah sungguh baca Al-Quran 1 juz saja, tapi novel best-seller lebih dari 100 halaman pun habis dibaham.

Lucu ya,orang-orang pada berebut paling depan untuk nonton konsert tapi berebut cari shaf paling belakang bila pergi Jumaat agar mudah cepat keluar.

Lucu ya,kita perlu undangan pengajian 3-4 minggu sebelumnya agar bisa disiapkan di agenda kita, tapi untuk acara lain jadwal kita gampang diubah seketika .

Lucu ya,susahnya orang mengajak untuk berdakwah,tapi mudahnya orang berpakat menyebar gossip

Lucu ya,kita begitu percaya pada yang dikatakan surat-khabar, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya,kita bisa ngirim ribuan jokes lewat email, tapi bilangan kiriman yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

Lucu ya,semua orang teringinnya masuk surga tanpa harus beriman, berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa tapi....

LUCU YA ?! "Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu'min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurniaan yang besar dari Allah." (QS. 33:47)

NASIHAT RASULLUAH S.A.W DI BULAN RAMADHAN

Nasihat 1

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin.
Nasihat 2
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya
Nasihat 3
Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertobatlah kepada Allah dari dosa-dosamu
Nasihat 4
Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih;Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Nasihat 5
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.
Nasihat 6
Ketahuilah! Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan Rabb Al-'Alamin.
Nasihat 7
Wahai manusia! Barangsiapa diantaramu memberi buka kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
Nasihat 8
(Sahabat-sahabat bertanya:" Ya Rasulullah!Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan:) "Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air."
Nasihat 9
Wahai manusia! Siapa yang membaguskan ahlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
Nasihat 10
Barang siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Barang siapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

HONDA-HICOM....sungai petani

MALAM RAMADHAN YANG KE 9

Terima kasih kepada HONDA-HICOM dari Sungai Petani kerana bekalan berbuka puasa kepada Rumah Gemilang. Kami turut bergembira kerana satu rombongan sebuah bas terdiri dari kakitangan Syarikat turut datang sama-sama berbuka puasa bersama penghuni Rumah Gemilang . Disamping itu terimakasih banyak sekali lagi kerana sumbangan duit raya kepada semua penghuni .JAZAKALLAH KAHIRON KHASIRA.
Rombongan turut berteraweh bersama penguni . Semoga kasihsayang Allah bersama tuan/puan sekalian.

Wednesday, September 19, 2007

ARU & KELUARGA BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK2 YATIM

Ahli2 Pengurusan Rumah Gemilang mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Sdr.Aru bersama keluarga kerana mensponsor majlis berbuka puasa untuk penghuni Rumah Gemilang pada malam ke-8 . Beliau menempah nasi kandar pelita dari Sungai Petani. Walaupun belum beragama Islam,saudara Aru bersama isteri,4 orang anak dan ibunya turut dalam majlis berbuka bersama puteri2 Rumah Gemilang. Harapnya mendapat pandangan dari Allah , kerana punca hidayat adalah dari berbagai cara.........thank you sdr. Aru dan seisi keluarga.

Friday, September 7, 2007

MAJLIS PELANCARAN RAKAN MUDA RAMADHAN......2007/1428H

Bertarikh 7 September,2007 , seramai 20 orang penghuni Rumah Gemilang telah dijemput ke majlis yang tersebut , bertempat di Masjid Ahmadiah , Kubang Sepat ,Ayer Hitam , Kedah. Mak Long Wan dan Mak Su Minah turut bersama sebagai pengiring .
Majlis tersebut di rasmikan oleh YB Dato' Othman Haji Aziz , EXCO Pelancongan , Belia dan Sukan Negeri Kedah Darul Aman.
Rumah Gemilang turut terpilih dalam senarai masjid / surau yang terlibat dalam Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Sik.

Monday, September 3, 2007

Tuan Haji Abdullah bin Haji Abd.Samat

MESYUARAT AJK PENGURUSAN RUMAH GEMILANG PADA 2HB SEPTEMBER,2007

Keputusan sebulat suara telah bersetuju melantik TUAN HAJI ABDULLAH BIN HAJI ABD.SAMAT sebagai Penyelia Rumah Gemilang .

Turut hadzir dalam mesyuarat ialah Datuk Dr. Haji Abdul Razak bin Haji Kechik.

Sunday, August 5, 2007

PRASARANA DAN KEMUDAHAN

Rumah Gemilang setakat ini sudah mempunyai 2 buah wing ; Rumah Gemilang Puteri dan Rumah gemilang Putera.
Rumah Gemilang Puteri terletak di Kampong Banggol derdap,Sik,Kedah.
Rumah Gemilang Putera pula dibina di Kampong Bunga , Chepir , Sik, Kedah.
Masing2 ada pejabat , dorm , dewan makan , bilik bacaan , surau ( tumpang buat sementara di sebuah bilik) ,setor pakaian , bilik warden , bilik masak , setor makanan , makmal IT .
Yang sangat2 diperlukan ialah 2 buah surau : masing2 satu untuk putera dan puteri.

SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan Rumah Gemilang diperolehi menerusi sumbangan bantuan zakat dan derma yang dihulurkan olen individu dan masyarakat. Sumbangan lain turut diterima dalam bentuk makanan ( ayam,ikan,daging,beras dllnya ) ,kenderaan ( van ,basikal , kereta ) , barang dan peralatan ( katil , komputer , pakaian dllnya ) . Walaupun begitu sumbangan dari individu dan masyarakat masih sangat2 diperlukan bagi menampung keperluan penghuni Rumah Gemilang.

KUMPULAN SASARAN

Kriteria pemilihan adalah anak-anak yatim dan miskin di Daerah Sik yang berumur 7 hingga 17 tahun.

CABARAN RUMAH GEMILANG

...Usaha untuk mendapatkan dana

...Mendidik ke arah kecemerlangan

MATLAMAT RUMAH GEMILANG

...Menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi pembangunan insan.
...Mengeluarkan individu dari kepompong kemiskinan.
...Meningkatkan tahap sosio-ekonomi menerusi pendidikan yang berterusan sama ada dalam bentuk formal dan tidak formal.

OBJEKTIF PENUBUHAN RUMAH GEMILANG

. Membantu pembangunan individu dari segi mental,fizikal,emosi dan rohani seiring dengan keperluan pembangunan insan.
. Mengenalpasti ketidakupayaan individu dan mengenalpasti sumber-sumber yang boleh memperkasakan individu tersebut.
. Menjadi sebuah institusi sosial yang manpu memberi sokongan terhdap kecermelangan individu seterusnya melahirkan individu yang berdaya maju.

SEJARAH PENUBUHAN RUMAH GEMILANG

Kronologi penubuhan Rumah Gemilang adalah retentan daripada Rumah Puteri Maryam yang telah dipindahkan ke komlpeks bangunan anak-anak yatim menerusi peruntukan bangunan oleh Pejabat Daerah Sik . Kini Rumah Gemilang berdiri teguh meneruskan usaha untuk membantu anak-anak yatim dan miskin Daerah Sik.

SENARAI WARDEN YANG BERTUGAS

1. Siti Salwa binti Mat Isa
2. Nurulhidah binti Ibrahim
3. Adli bin Ishak

PEMANDU

1. Azhari bin Wan Chik

Saturday, August 4, 2007

STAF DAN KAKITANGAN / VISI DAN MISI

Pentadbiran Rumah Gemilang diuruskan secara sukarela oleh AJK yang dilantik secara rasmi pada 21 Jun,2007 .

Pengerusi : Tuan Ybhg. Pegawai Daerah Sik
N. Pengerusi: Dato' Dr.Haji Abdul Razak bin haji Kechik
Setiausaha : Cikgu Mad.Desa bin Ibrahim
P.Setiausaha: En Abdul Rahman bin Khalek
Bendahari : En Termizi bin Haji Kechik
Ahli Jawatankuasa : En Abdul Aziz bin saad
Ust. Abdullah bin Ahmad
Tuan Haji Mokhtar bin Ishak
En Amran bin Mahmud
Haji Syafei bin Hj. Aw. Ahmad
Mat Isa bin Ahmad

Ex-Officio : Wakil Majlis Daerah Sik
Wakil Pejabat Agama Sik
Wakil Ketua Polis Daerah Sik
Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Baling/Sik
Wakil Pejabat kebajikan Masyarakat Daerah Sik

Juru Audit : Haji Md.Zain bin Abdullah
En Mohd.Nabzrim bin Mohd. Nayan

Pemegang Amanah : Haji kamaruddin bin Abdul hamid
Mat Isa bin Ahmad

------------------------------------------------------------------------------------------------

VISI

PENGURUSAN RUMAH GEMILANG YANG BERSIH , CEKAP DAN AMANAH DEMI MENJANA MODAL INSAN YANG CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT

MISI

1) MENGADAKAN SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN DAN HARTA BENDA YANG
BERHEMAH DAN TELUS
2) MEWUJUDKAN SISTEM DOKUMENTASI YANG SELAMAT DAN KEMASKINI
3) BERUSAHA MENGUMPUL DAN MENGUKUHKAN SUMBER KEWANGAN TERMASUK
SUMBER KEWANGAN TETAP YANG BOLEH MENJAMIN KESINAMBUNGAN MISI
DAN VISI
4) MENYEDIAKAN KEPERLUAN HIDUP YANG SEDERHANA , SELESA DAN SELAMAT
KEPADA PENGHUNI
5) MELAHIRKAN PENGHUNI YANG MEMPUNYAI JATIDIRI YANG TINGGI , BERDAYA
SAING , BERDIKARI DAN BERGUNA KEPADA AGAMA , BANGSA DAN NEGARA
6) MEWUJUDKAN KERJASAMA DENGAN SEMUA PIHAK YANG BOLEH MEMBANTU
KE ARAH MENCAPAI MISI DAN VISI ( ADIK )